Cari @ Amanz

Akhirnya, seperti mana yang dinantikan ramai, Nokia hari ini telah pun melancarkan peranti terbaru daripada keluarga Nokia Lumia mereka, iaitu Nokia Lumia 900 yang mana membawakan skrin yang lebih besar, cip pemprosesan yang lebih pantas, dan dijana menggunakan Windows Phone padanya, serta menyokong rangkaian LTE.

Dari segi spesifikasi ringkas, ia membawakan memori sebanyak 512MB RAM, skrin sebesar 3.7-inci Clearblack AMOLED, storan terbina sebanyak 16GB dan menggunakan cip pemprosesan 1.4GHz padanya, serta turut didatangkan bersama-sama dengan kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1-megapixl untuk panggilan video. Nokia juga pada masa yang sama memfokuskan pada jangka masa bertahan bateri, dimana ia mampu bertahan sehingga 300 jam sekiranya tidak digunakan, dan mempunyai sehingga 7 jam untuk jangka masa bercakap.

Sama seperti peranti Nokia Lumia yang lain, ia turut didatangkan bersama-sama Nokia Maps dan juga Nokia Drive, serta sokongan rangkaian sosial seperti Twitter, Facebook dan juga LinkedIn. Ia juga turut sama didatangkan dengan integrasi Xbox dan juga Zune melalui Windows Phone.

Buat masa ini, bilakah ianya akan dilancarkan di Malaysia masih lagi tidak diketahui, memandangkan Nokia Lumia 800 dan 710 sebelum ini masih lagi belum memasuki arena Malaysia buat masa ini, berkemungkinan kerana masih tiada sokongan Windows Phone Marketplace di rantau ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd