Cari @ Amanz

Salah satu peranti popular daripada Microsoft adalah sokongan Kinect yang membolehkan mengetahui gerakan seseorang dan membolehkan pengguna mengawal dengan hanya menggunakan gerakan sahaja. Kini, perkara yang dikhaskan pada Xbox 360 itu akan diperluaskan dan akan diperkenalkan pada komputer yang menggunakan Windows bermula bulan Februari ini.

Kinect untuk Windows akan mula dijual bermula 1 Februari kelak pada harga $249 di beberapa negara sebagai permulaan. Namun, mendukacitakan, Malaysia tidak tersenarai padanya, dan mungkin akan diperkenalkan secara berperigkat ke pasaran Malaysia yang mungkin mengambil sedikit masa.

Mungkin dengan adanya Kinect untuk Windows kelak, ia akan sekaligus mengubah bagaimana para pengguna menggunakan komputer mereka, dan membawakan pelbagai aplikasi baru yang memudahkan para pengguna. Ia dijangka akan menyokong Windows 7 dan Windows 8 ketika pelancarannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd