Permainan Cut The Rope Kini Turut Diperkenalkan Sebagai Versi Web

Permainan Cut The Rope Kini Turut Diperkenalkan Sebagai Versi Web

Diterbitkan pada Jan 10, 2012 oleh .

Setelah permainan popular Angry Birds diperkenalkan kepada para pengguna untuk dimainkan melalui pelayar web, kini permainan popular Cut The Rope turut sama menerima kesan yang sama, dimana mereka memperkenalkan permainan mereka untuk para pengguna untuk dimainkan terus melalui pelayar web.

Melalui laman tersebut, ia memperlihatkan permainan tersebut dibawa ke pelayar web dengan kerjasama bersama pihak Internet Explorer. Namun, percubaan kami menggunakan Google Chrome masih membolehkan ianya dimainkan tanpa sebarang masalah.

Melalui permainan tersebut, ia membawakan permainan yang lebih kurang sama dengan yang terdapat pada telefon pintar, dan membolehkan para pengguna mengawal menggunakan tetikus untuk memotong tali dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman Cut The Rope hari ini, dan mula memainkan permainan popular tersebut terus pada pelayar web tanpa perlu pendaftaran dan sebagainya.


TIPS & ULASAN