Cari @ Amanz

Akhirnya, setelah pelbagai ura-ura, hari ini pihak Sony secara rasminya telah melancarkan peranti terbaru daripada siri Xperia NXT, iaitu Sony Xperia S, sekaligus menjadi telefon pintar pertama Sony tanpa penjenamaan Ericsson. Sony Xperia S ini masih lagi menggunakan Android sebagai sistem operasi, selain turut menggunakan cip pemprosesan dwi-teras padanya.

Xperia S ini menggunakan Android 2.3 Gingerbread ketika pelancarannya, dan kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich dijangka akan diperkenalkan pada suku tahun kedua 2012 ini. Dari segi spesifikasi, Xperia S membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, kamera 12-megapixel, skrin seluas 4.3-inci dengan resolusi 720×1280 pixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, dan juga bateri berkapasiti 1750mAh padanya.

Harga jualannya di Malaysia masih lagi tidak diketahui, dan dijangka akan dijual di pasaran global bermula suku tahun pertama tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd