Carian
Google Mengeluarkan Kod Sumber 3D Viewer Yang Digunakan Pada Google Body
January 10, 2012 Aman

Salah satu aplikasi yang menjadi mangsa apabila Google Labs ditamatkan adalah Google Body, yang mana menggunakan teknologi WebGL membolehkan para pengguna mengkaji dan mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan tubuh badan secara interaktif terus melalui pelayar web mereka. Menariknya, daripada mematikan projek mereka, Google kini mengeluarkan kod sumber disebalik aplikasi tersebut kepada umum.

Untuk makluman, Zygote Media Group, yang mana merupakan salah seorang rakan kerjasama dalam menjayakan projek Google Body ini sendiri telah pun melancarkan aplikasi mereka tersendiri sebelum ini, BioDigital Human, menawarkan fungsi yang lebih kurang ssama dengannya.

BioDigital Human

Dan dengan Google sendiri menjadikan aplikasi 3D yang digunakan sebagai sumber terbuka, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak aplikasi interaktif dalam bentuk 3D dikeluarkan dan dibangunkan oleh para pembangun seluruh dunia. Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh dapatkan Open 3D Viewer hari ini, terus daripada Google Code, dan mula membangunkan aplikasi kegemaran anda.

Komen