Carian
Bersama Pembangun Evenesis – Finalis Anugerah NEF-Awani 2011
January 10, 2012 Aman

Sebelum ini, kami pernah menulis akan berkenaan dengan aplikasi Evenesis yang dibangunkan oleh salah satu syarikat tempatan, menawarkan kebolehan untuk menguruskan pelbagai jenis majlis dalam suatu aplikasi yang mudah dan menarik. Dan pada masa yang sama, pembangun disebalik syarikat tersebut telah pun disenarai pendek untuk Anugerah ICT NEF-Awani yang bakal diadakan pada bulan hadapan.

Untuk makluman, Evenesis ini buat masa ini ditawarkan dalam bentuk aplikasi iPad dan juga iPhone, dimana melaluinya, ia membolehkan penganjur menguruskan pelbagai perkara, termasuk bilangan hadirin dan sebagainya, serta berapa ramai yang hadir pada sesuatu majlis. Buat masa ini, kami masih lagi tidak melihat sebarang penggunaan secara Evenesis pada acara-acara yang dihadiri kami.

Bagi anda yang inginkan pembangun disebalik Evenesis ini memenangi Anugerah NEF-Awani 2011, anda boleh undi beliau yang tercalon pada kategori Best Software dan juga Best Startup Company.

Penafian : Amanz Network adalah rakan media untuk Anugerah ICT NEF-Awani 2011. Terima kasih kepada pihak Paper + Toast atas tajaan lokasi.

Komen