Facebook Kini Membolehkan Anda Mencabar Rakan-Rakan Bermain Catur

Facebook Kini Membolehkan Anda Mencabar Rakan-Rakan Bermain Catur

Diterbitkan pada Jan 10, 2012 oleh .

Bosan dengan permainan yang agak tidak menarik pada Facebook? Kini nampaknya pihak Facebook terus menambah permainan baru pada platform mereka, dimana terkini ia dlihat beberapa permainan bercorak pendidikan seperti catur dan sebagainya ditambah pada Facebook, sekaligus membolehkan para pengguna bersaing antara satu sama lain dengan mudah, terus pada platform tersebut.

Ia tidak diketahui sejak bilakah permainan berbentuk sebegini diperkenalkan dengan sokongan untuk mencabar rakan-rakan anda yang lain. Sebelum ini, untuk berbuat demikian, kami biasanya menggunakan platform seperti Yahoo! Messenger dan sebagainya, yang agak berat, dan tidak stabil. Namun dengan pengenalan pada Facebook, semestinya ia memberikan impak yang besar.

Jadi, kini selain daripada menghabiskan masa dengan mengendap rakan-rakan anda yang lain, mungkin anda juga boleh mencabar rakan-rakan anda dalam permainan seperti catur, dan lihat siapa yang lebih hebat.

Terima kasih Hafaisy.


TIPS & ULASAN