Sokongan FaceUnlock Pada Android 4.0 Kini Diperlihatkan Pada Peranti iOS

Sokongan FaceUnlock Pada Android 4.0 Kini Diperlihatkan Pada Peranti iOS

Diterbitkan pada Jan 10, 2012 oleh .

Salah satu fungsi baru yang menarik pada Android 4.0 Ice Cream Sandwich adalah sokongan untuk nyah-kunci peranti anda, dengan menggunakan pengecaman wajah, melalui fungsi yang dinamakan sebagai FaceUnlock. Menariknya, kini ia dilihat salah satu aplikasi baru dengan fungsi seumpamanya akan diperkenalkan kepada para pengguna iPhone yang dibangunkan oleh salah satu pembangun bebas.

Ia tidak diketahui samada adakah ianya menggunakan kod sumber Android 4.0 Ice Cream Sandwich, ataupun sebaliknya. Pada masa yang sama, ia juga dilaporkan yang mana aplikasi ini masih tidak boleh digunakan sebagai ganti kepada skrin kekunci pada iPhone.

Buat masa ini, aplikasi ini masih lagi tidak diperkenalkan kepada umum, dan dijangka akan dilancarkan pada AppStore tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN