Cari @ Amanz

Nampaknya, Google terus memperluaskan penggunaan Google+, dimana hari ini, Google secara rasminya memperkenalkan integrasinya pada carian Google, serta beberapa perubahan pada kotak carian Google turut diperkenalkan pada hari ini, termasuk sokongan hasil carian yang lebih dijadikan personal berbanding sebelum ini.

Melalui fungsi yang dinamakan sebagai Personal Results, ia membolehkan para pengguna dengan mudah mencari maklumat berkaitan dengan diri mereka, serta rakan-rakan mereka. Perkara ini, sekaligus membolehkan anda membuat carian berkaitan kemaskini rakan-rakan anda di Google+ dan sebagainya.

Selain daripada itu, anda juga boleh membuat carian profil terus pada kotak carian Google, membolehkan anda dengan mudah membuat carian rakan-rakan dan sebagainya. Perkara ini juga turut sama boleh digunakan dalam membuat carian halaman Google+ Pages, sekaligus membawa impak yang lebih besar kepada jenama-jenama dan organisasi pada Google+.

Pada masa yang sama, selain daripada pengenalan fungsi ini, Google juga memperkenalkan sokongan privasi dan keselamatan yang lebih bagus, membolehkan pelbagai data anda selamat daripada digunakan oleh orang lain.

Fungsi baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua dunia seluruh dunia yang menggunakan Google.com dalam masa beberapa hari lagi. Ini juga dijangka bakal memberikan impak yang lebih meluas lagi kepada laman sosial Google+, yang mana sebelum ini turut diperlihatkan integrasinya pada laman YouTube.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd