Cari @ Amanz

Ingatkah lagi anda dengan AppsMalaysia yang mendapat dana sebanyak RM150,000 daripada Dana Belia 1Malaysia pada tahun lepas? Kini, setelah memperkenalkan aplikasi Sheal yang amat mendukacitakan, mereka telah pun mengeluarkan aplikasi kedua mereka, dinamakan sebagai Math for Kids, yang dikhaskan untuk iPad dan dijual pada harga $1.99 di AppStore.

Namun amat mendukacitakan kerana antaramuka aplikasi tersebut ketika digunakan tidak diperlihatkan, dan informasi yang disediakan pada laman jualan aplikasi tersebut tidak meyakinkan kami untuk memuat-turun aplikasi tersebut. Secara ringkasnya, melalui penerangan yang diberikan, ia memperkatakan kanak-kanak boleh memotong angka sehingga ke angka bernombor perdana.

Pada masa yang sama, adalah amat mengejutkan kami apabila aplikasi Sheal kini telah pun mula dijual, dimana dijual pada harga $5.99 pada AppStore. Apa yang mengejutkan kami adalah bukan kerana antaramukanya yang masih tidak diperbaiki dan sebagainya, tetapi adalah saiz aplikasi tersebut yang mencecah 508MB. Mungkin pihak pembangunnya perlu mengoptimasikan lagi aplikasi mereka supaya lebih mesra pengguna mudah-alih, yang mana sememangnya tidak ingin membazirkan duit pada penggunaan data dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Sheal ataupun Math for Kids terus daripada AppStore hari ini pada harga jualan yang ditawarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd