Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia kenali akan BlueStacks, yang mana sebelum ini telah pun membawakan sokongan untuk Windows 7, membolehkan para pengguna Windows 7 menggunakan aplikasi Android terus pada platform mereka. Menariknya, pada hari ini, mereka turut sama mengumumkan sokongan untuk Windows 8, yang mana bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Untuk makluman, Windows 8 membawakan antaramuka Metro, dimana pada skrin utamanya, pelbagai aplikasi dan widget diperlihatkan, dan dengan integrasi aplikasi Android, ia membolehkan aplikasi tersebut turut dipersembahkan. Dan menariknya, secara tidak langsung, perkara ini turut boleh menyumbang kepada angka jualan tablet Windows 8 kelak.

Pada masa yang sama, pembangunnya turut mengatakan mereka sedang membangunkan versi OS X, dan bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd