Cari @ Amanz

Reddit Menutup Laman Mereka Selama 12 Jam Sebagai Tanda Protes SOPA

Oleh Aman

Link Copied!

SOPA adalah salah satu akta yang akan diperkenalkan di Amerika Syarikat yang akan memberikan kesan menyeluruh kepada seluruh dunia kerana kebanyakkan syarikat internet besar adalah berasaskan disana, serta penyedia nama domain .com, .net, dan .org berpangkalan disana. Dan sebagai tanda protes, kini Reddit mengumumkan mereka akan mematikan laman mereka selama sehari pada 18 Januari kelak.

Walaubagaimanapun, sebagai ganti, para pengguna yang melayari laman Reddit pada 18 Januari kelak (19 Januari di Malaysia), mereka hanya akan diperlihatkan dengan info-info berkaitan dengan SOPA dan apakah kesan daripadanya kelak.

Selain daripada laman terkemuka Reddit, beberapa gergasi, seperti Google, Wikipedia dan sebagainya turut sama memperlihatkan tanda bantahan, dan meminta perkara ini dimansuhkan. Namun, masih tiada sebarang pengumuman lanjut berkaitan dengannya, dan perkara ini akan dibahaskan disana tidak lama lagi.

Beberapa ura-ura sebelum ini turut mengatakan, laman-laman seperti Google, Facebook dan sebagainya turut sama akan melakukan protes ke atas SOPA tidak lama lagi.


Komen ()