#BorakGajet – Podcast Membincangkan Dunia ICT Oleh Asri Al-Baker

#BorakGajet – Podcast Membincangkan Dunia ICT Oleh Asri Al-Baker

Diterbitkan pada Jan 11, 2012 oleh .

Salah satu perkara yang masih lagi kurang dalam industri ICT negara, adalah podcast ataupun audio yang berbentuk sembang ringan yang membincangkan pelbagai perkara berkaitan dunia IT sepenuhnya dalam bahasa Malaysia. Kini, perkara tersebut mungkin diatasi, dengan saudara Asri Al-Baker memulakan usaha bebas membuat podcast sendiri yang dinamakan sebagai BorakGajet.

Dan bertuahnya pihak Amanz Network, dimana untuk episod pertama yang dirakamkan, kami telah dijemput oleh beliau, membincangkan pelbagai perkara berkaitan dunia ICT tempatan, terutamanya berkaitan dengan media baru yang semakin meningkat popular serta pelbagai perkara berkaitan dengan syarikat-syarikat (startup) di Malaysia.

Anda yang berminat, boleh mendengarnya terus melalui SoundCloud, ataupun melalui laman Asri Al-Baker, ataupun memuat-turunnya terus daripada laman Asri Al-Baker, dan menjadikannya koleksi. Menurut pembangun disebaliknya, beliau akan mengeluarkan sekurang-kurangnya satu episod baru setiap minggu, membolehkan para peminat dunia ICT tempatan mengikuti pelbagai perkembangan dan perbincangan dengan cara mudah.


TIPS & ULASAN