Cadangan CyanogenMod App Store Diutarakan – Adakah Bakal Direalisasikan?

Cadangan CyanogenMod App Store Diutarakan – Adakah Bakal Direalisasikan?

Diterbitkan pada Jan 11, 2012 oleh .

Salah satu perkara menarik mengenai Android, adalah keterbukaannya, yang membolehkan sesiapa sahaja membangunkannya, dan selepas Amazon memperkenalkan kedai aplikasi mereka tersendiri untuk Android, kini CyanogenMod didalam perbincangan yang amat awal berkenaan dengan memperkenalkan App Store mereka tersendiri.

Untuk makluman, CyanogenMod merupakan salah satu aplikasi yang popular, menawarkan ROM khas kepada para pengguna Android, sekaligus membolehkan mereka menggunakan pelbagai perkara dan fungsi melalui versi-versi baru yang dikeluarkan, walaupun pengeluar peranti tersebut sendiri tidak menyokongnya.

Menurut CyaongenMod, mereka kini hampir melangkaui angka sejuta pengguna unik, dan mungkin pengenalan App Store akan menjadi salah satu cara baru mereka untuk menjana pendapatan tambahan, dan terus menjayakan projek CyanogenMod.

Walaubagaimanapun, ia masih lagi tidak diketahui samada adakah kedai aplikasi ini akan direalisasikan ataupun sebaliknya, memandangkan masih lagi pada peringkat idea awal.


TIPS & ULASAN