Salah satu penyedia perkhidmatan internet tempatan adalah Jaring, yang mana memfokuskan perniagaan dan juga perumahan. Kini, dengan dunia yang bergerak pantas, selain Telekom Malaysia dan juga Maxis, Jaring juga turut sama dilihat bakal menyertai industri sama, dimana mereka telah pun mula melakukan bancian untuk perkhidmatan internet jalur-lebar berkelajuan tinggi (HSBB).
Buat masa ini, Jaring menyediakan perkhidmatan internet sepantas sehingga 5Mbps, selain mana turut menawarkan perkhidmatan sehingga 20Mbps kepada para pengguna berdekatan lokasi Kiara 1 dan juga K Residence. Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui apakah perbezaan yang akan dibawakan oleh pihak Jaring melalui bancian berkaitan HSBB yang dijalankan mereka.
Selain daripada Jaring, P1 juga bakal menyertai dunia jalur-lebar berkelajuan tinggi, dimana mereka telah pun menandatangani perjanjian kerjasama bersama Telekom Malaysia, dan dijangka akan memperkenalkannya seawal suku tahun pertama tahun ini.
Tips awal daripada @MrKayMY.