Cari @ Amanz

Selain daripada Nokia Maps, aplikasi pemetaan yang paling popular, dan tepat adalah Google Maps yang mana digunakan secara meluas, pada pelbagai aplikasi dan juga peranti. Dan kini nampaknya, Google terus menambah beberapa perkara dalam terus mempromosikan Google Maps, dimana kini salah satu video dimuat-naik, memperlihatkan mereka bakal memperkenalkan sebuah permainan berasaskan Google Maps.

Melalui penerangan yang diberikan oleh pihak Google, mereka mengatakan permainan ini bakal diperkenalkan pada platform Google+ tidak lama lagi, serta akan menggunakan teknologi WebGL untuk menjananya. Tarikh pelancaran rasmi permainan ini masih lagi tidak diketahui sepenuhnya, tetapi disasarkan pada bulan Februari 2012 kelak.

Dan pada masa yang sama, bagi anda yang gemari untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan Google Maps, sebuah halaman khas disediakan, membolehkan anda mengetahui pelbagai perkara berkaitan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd