Carian
Jayonik Menawarkan Simulasi Pemanduan Kereta Yang Realistik – Undi Mereka Hari Ini
January 11, 2012 Aman

Malaysia mempunyai pelbagai produk menarik, namun tidak diketengahkan pada pelbagai media dan mempromosikannya. Salah satu produk menarik adalah daripada syarikat Jayonik MSC yang mana menawarkan simulasi untuk pemandu, serta amat berguna kepada sekolah-sekolah memandu, dan menawarkan keadaan yang sama seperti didalam kereta sebenar.

Malah, melalui simulasi yang ditawarkan oleh Jayonik MSC, mereka menawarkan keadaan yang amat menyerupai keadaan lalu-lintas di Malaysia, dengan grafik, dan juga pada masa yang sama turut memfokuskan keselamatan, dimana melaluinya, Jayonk MSC membolehkan keadaan kecemasan dan sebagainya disimulasikan, sekaligus membolehkan pemandu bersedia untuk menghadapi pelbagai keadaan yang tidak dirancang.

Untuk Anugerah NEF-Awani 2011, Jayonik MSC bertanding untuk kategori perisian terbaik, dan daripada apa yang diperlihatkan, mereka sememangnya amat unik, dan hebat sekali. Anda boleh mengundi Jayonik MSC untuk kategori Best Software pada NEF-Awani 2011.

Penafian : Amanz Network adalah rakan media untuk Anugerah ICT NEF-Awani 2011. Terima kasih kepada pihak Paper + Toast atas tajaan lokasi.

Komen