Project Fiona – Tablet Pertama Yang Memfokuskan Permainan Video

Project Fiona – Tablet Pertama Yang Memfokuskan Permainan Video

Diterbitkan pada Jan 11, 2012 oleh .

Dengan dunia tablet yang semakin popular, kini Razer yang amat popular dikalangan para pemain permainan video dan digital, telah pu mengeluarkan video konsep pertama untuk Project Fiona, yang mana memfokuskan kepada tablet yang memfokuskan kepada peminat permainan.

Melalui apa yang diperlihatkan, Project Fiona dijana menggunakan Intel Core i7, dan membolehkan ia menjalankan permainan PC tanpa sebarang masalah, dan tanpa memerlukan sebarang perubahan, sebaliknya terus memainkan permainan komputer tersebut padanya. Ia juga didatangkan bersama audio Dolby 7.1, dan merupakan satu-satunya tablet yang disahkan oleh THX.

Buat masa ini, bilakah ianya akan dilancarkan, dan harga jualannya masih lagi tidak diketahui. Dan mungkin, kita akan melihat lebih banyak tablet-tablet menarik sepanjang tahun ini.


TIPS & ULASAN