Carian
Fedora 17 Pada Bulan Mei – Bakal Menyertakan GNOME 3.4
January 11, 2012 Aman

Selain daripada Ubuntu, salah satu distro Linux yang popular adalah Fedora, dan kini seperti semua sedia maklum, pembangunan Fedora 17 sedang giat dilakukan dan disasarkan untuk pelancaran sekitar bulan Mei kelak, atau lebih tepat, pada 8 Mei 2012 kelak. Senarai penuh fungsi yang bakal dibawakan juga dijangka akan diketahui pada penghujung bulan ini.

Kini, melalui mesyuarat yang dijalankan oleh komuniti Fedora, beberapa perkara yang bakal dibawakan oleh Fedora 17 (Beefy Miracle) mula diketahui, dimana salah satu perkara yang bakal dibawakan olehnya adalah persekitaran desktop GNOME 3.4. Selain daripada itu, aplikasi GIMP 2.8 juga turut sama akan disertakan bersama-sama dengannya.

Senarai penuh perancangan dan apakah yang bakal dibawakan dijangka diketahui sekitar minggu pertama Februari kelak, dan akan disertakan sepenuhnya dalam versi beta yang disasarkan seawal bulan Mac kelak. Namun, mungkin kia akan dapat melihat satu demi satu fungsinya mula kelihatan dalam masa terdekat ini.

Komen