Facebook Mulakan Ujian Iklan Pada Bahagian News Feed

Facebook Mulakan Ujian Iklan Pada Bahagian News Feed

Diterbitkan pada Jan 11, 2012 oleh .

Nampaknya, seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, kini Facebook telah pun mula menguji sistem pengiklanan baru mereka, dengan memperlihatkan iklan pada bahagian News Feed, sekaligus memberikan impak yang lebih besar kepada para pengiklan, dan pada masa yang sama menjanjikan tidak menganggu pengalaman penggunaan laman sosial mereka.

Namun begitu, ia diperkatakan yang mana iklan yang diuji pada bahagian NewsFeed itu tidak menggunakan label Sponsored Post seperti mana yang diiklankan sebelum ini, tetapi sebaliknya dilabelkan sebagai Featured Post.

Buat masa ini, kami sendiri masih lagi tidak menemui sebarang iklan sebegitu pada laman Facebook ketika digunakan, dan mungkin masih diuji pada pengguna yang amat sedikit, dan iklan mungkin disasarkan mengikut lokasi dan demografik pengguna.


TIPS & ULASAN