Bagi para peminat permainan, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah konsol generasi baru daripada Sony, iaitu Sony PlayStation generasi baru yang ke-empat. Namun mungkin niat tersebut terpaksa dibatalkan, apabila hari ini, Sony sendiri mengatakan mereka tidak akan membuat sebarang pengumuman berkaitan PlayStation 4 pada E3 kelak.
Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bilakah Sony akan memperkenalkan konsol generasi terbaru mereka. Seperti diperkatakan Sony sebelum ini, PlayStation 3 dijangka akan mempunyai jangka-hayat selama 10 tahun, dimana jikalau mengikutnya, ia akan kekal hidup sehingga 2016 kelak.
Selain daripada PlayStation 4, sebelum ini, ura-ura turut memperkatakan Microsoft bakal memperkenalkan Xbox generasi baru pada acara E3 kelak.