Kod Sumber Tizen Versi Pra-Lihat Dilepaskan Kepada Umum

Kod Sumber Tizen Versi Pra-Lihat Dilepaskan Kepada Umum

Diterbitkan pada Jan 12, 2012 oleh .

Setelah antaramuka awal sistem operasi mudah-alih Tizen mula diperlihatkan sebelum ini, kini pembangun disebalik Tizen juga turut sama telah mengeluarkan kod sumber pembangunan aplikasi tersebut kepada umum, membolehkan para pembangun menguji dan membangunkan aplikasi untuk platform tersebut.

Namun, ia masih belum dilancarkan sepenuhnya, dan apa yang dilancarkan hanyalah versi pra-Tizen, dan dijangka akan dilancarkan secara rasminya sepenuhnya pada bulan hadapan pada acara Mobile World Congress.

Bagi para pembangun yang berminat untuk membangunkan aplikasi untuk platform tersebut, mungkin boleh memuat-turun Tizen versi pembangunan, dan mengujinya terlebih dahulu, sebelum ia dilancarkan secara rasminya pada bulan hadapan.


TIPS & ULASAN