Cari @ Amanz

Huawei MediaPad merupakan salah satu tablet yang dijual dipasaran tempatan, dijana menggunakan Android 3.2. Hari ini, pada acara CES 2012, pihak Huawei secara rasminya telah pun memaklumkan yang mana Huawei MediaPad akan menerima kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich pada suku tahun pertama 2012 ini.

Selain daripada itu, Huawei juga dijangka akan mula menjual Huawei MediaPad bersama-sama dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich tidak lama lagi, dalam beberapa pilihan warna yang baru, membolehkan pembeli memilih warna kegemaran mereka.

Melalui Huawei MediaPad, ia didatangkan bersama dengan skrin seluas 7-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, dan juga masa bertahan bateri sehingga lebih 6 jam. Di Malaysia, Huawei MediaPad telah mula dijual sejak bulan Oktober yang lepas pada harga RM1399.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd