Cari @ Amanz

Nampaknya, ura-ura sebelum ini yang mengatakan Apple bakal mengadakan acara berkaitan dengan kandungan mungkin benar, apabila hari ini Apple telah pun mula menghantar emel jemputan kepada media-media antarabangsa. Walaubagaimanapun, melalui jemputan tersebut, dilihat acara tersebut memfokuskan kepada pendidikan.

Menurut ura-ura, ia diperkatakan yang mana acara ini kelak tidak akan memfokuskan kepada sebarang perkara berkaitan dengan peranti dan gajet, sebaliknya memfokuskan kepada kandungan, yang mana secara tidak langsung berkait dengan perkhidmatan iBooks mereka.

Namun ia masih lagi tidak diketahui sepenuhnya apakah yang bakal ditawarkan. Secara logik kasar, mungkin kita boleh katakan Apple mungkin akan menawarkan buku teks, dan latihan melalui iBook, dan pada masa yang sama menawarkan iPad pada harga interaktif kepada sekolah dan institusi pendidikan?

Perkara berkaitan dengannya masih tidak diketahui buat masa ini, dan mungkin semuanya akan terjawab pada 20 Januari kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd