(Video) Demonstrasi Windows 8 Dev-Preview Pada Tablet Iconia Tab

(Video) Demonstrasi Windows 8 Dev-Preview Pada Tablet Iconia Tab

Diterbitkan pada Jan 12, 2012 oleh .

Bagi yang mengikuti perkembangan Windows 8, semestinya mungkin anda telah menguji Windows 8 Dev-Preview yang telah dilepaskan kepada umum oleh Microsoft pada penghujung tahun lepas. Ulasan berkenaan dengannya turut sama telah dikeluarkan oleh kami sebelum ini, dan kini salah seorang pembaca Amanz telah menyediakan sebuah video ringkas, demonstrasi Windows 8 pada tablet.

Seperti semua sedia maklum, Windows 8 dengan antaramuka Metro sememangnya dioptimasikan sepenuhnya untuk skrin sentuh, dan beberapa tablet menggunakannya dijangka akan berada di pasaran pada tahun ini.

Untuk Windows 8 Dev-Preview, walaupun terdapat beberapa masalah ringkas, ia berfungsi dengan baik pada peranti Acer Iconia Tab, dan boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

Pada masa yang sama, Microsoft juga kini mensasarkan penghujung bulan Februari untuk melancarkan Windows 8 Beta yang mana bakal membawakan lebih banyak fungsi padanya, selain pembangun pihak ketiga seperti BlueStacks yang menawarkan aplikasi mereka kepada para pengguna Windows 8, membolehkan aplikasi Android digunakan pada Windows 8 kelak.

Terima kasih Syazwan. Anda boleh ikuti beliau di @jipangmenjerit.


TIPS & ULASAN