Kotak Komen Facebook Kini Turut Dioptimasikan Untuk Pengguna Mudah-Alih

Kotak Komen Facebook Kini Turut Dioptimasikan Untuk Pengguna Mudah-Alih

Diterbitkan pada Jan 12, 2012 oleh .

Salah satu perkhidmatan popular daripada Facebook adalah perkhidmatan kotak komen, yang membolehkan media dan juga blog seluruh dunia untuk menyediakan kotak komen dengan pelbagai integrasi bersama Facebook. Dan pada hari ini, pihak Facebook mengumumkan sokongan kotak komen tersebut pada platform mudah-alih, membolehkan ia diperlihatkan terus pada peranti mudah-alih para pengguna.

Dengan dunia yang memfokuskan kepada peranti mudah-alih, ia telah menjadi salah satu perkara penting untuk mengoptimasikan kebanyakkan perkara untuk peranti mudah-alih. Dan dengan adanya sokongan Facebook Comments untuk peranti mudah-alih, ia membolehkan para pemilik laman web tidak perlu risau, dan pada masa yang sama membolehkan pengunjung melihat komen-komen daripada rakan lain terus pada peranti mudah-alih mereka.

Bagi para pengguna kotak komen daripada Facebook yang sedia ada, anda tidak perlu melakukan sebarang perkara, dan ianya akan dioptimasikan secara automatik untuk para pengguna mudah-alih bermula daripada hari ini.


TIPS & ULASAN