Cari @ Amanz

Salah satu teknologi yang dinantikan sepanjang tahun ini adalah teknologi skrin lutsinar, dan pihak Samsung sendiri telah pun memperlihatkan teknologi mereka pada acara tahunan CES 2012, dimana melalui video demonstrasi yang diperlihatkan, ia kelihatan amat menarik sekali.

Melalui video yang diperlihatkan, ia menunjukkan skrin lustinar, dengan sebuah model binaan pada bahagian belakangnya. Para pengguna boleh menyentuh dan mengawal aplikasi pada skrin tersebut dengan mudah, dan melalui demonstrasi yang diperlihatkan, ianya berjalan amat lancar sekali.

Selain daripada itu, para pengguna juga boleh mengawal latar belakang pada skrin tersebut, dimana sekiranya mereka tidak ingin melihat latar belakang pada skrin tersebut, mereka boleh memilih latar yang tidak lutsinar dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan di Malaysia ataupun di rantau ini. Tetapi melalui video yang diperlihatkan, mereka memperkatakan ia akan dikeluarkan pada bulan hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd