Cari @ Amanz

Pengguna BitTorrent Dan uTorrent Melangkaui Lebih 150 Juta Orang Pengguna

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, hari demi hari, populariti aplikasi Torrent semakin meningkat, dimana terkini BitTorrent, syarikat disebalik aplikasi popular BitTorrent dan juga uTorrent mengumumkan kini pengguna mereka telah pun melangkaui 150 juta pengguna berbanding hanya 100 juta orang pada tahun lepas.

Menurut pembangunnya, pada Disember 2011 yang lepas, aplikasi BitTorrent mencapai lebih daripada 20 juta pengguna, selain aplikasi uTorrent mencapai lebih daripada 132 juta pengguna pada tempoh tersebut.

Ia sekaligus memperlihatkan peningkatan sehingga empat kali ganda berbanding tiga tahun yang lepas, pada penghujung tahun 2008.

Selain daripada itu, baru-baru ini, pihak BitTorrent telah pun memperkenalkan aplikasi perkongsian fail yang baru, dinamakan sebagai Share, dan masih diuji pada peringkat beta. Ia diperkatakan sokongan Share akan diperkenalkan pada BitTorrent dan juga uTorrent tidak lama lagi.


Komen ()