Cari @ Amanz

Asus Transformer Prime merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai. Sebelum ini, ia sudah sedia diketahui ia bakal dilancarkan di Malaysia pada bulan Januari, dan kini pihak Asus Malaysia mengesahkan yang mana pelancarannya adalah seminggu sebelum Tahun Baru Cina.

Memandangkan ia diperkatakan seminggu sebelum Tahun Baru Cina, kita boleh lihat ianya dilancarkan pada minggu hadapan (atau minggu ini). Harga jualannya masih lagi tidak diketahui.

Dari segi spesifikasi, Asus EeePad Transformer Prime ini membawakan cip pemprosesan empat-teras NVIDIA Tegra 3, skrin seluas 10.1-inci, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.2-megapixel, masa bertahan bateri sehingga 12 jam, dan lebih 18 jam dengan pad khas untuknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd