Minggu Media Sosial 2012 Bakal Diadakan Di Malaysia Bermula 13 Februari

Minggu Media Sosial 2012 Bakal Diadakan Di Malaysia Bermula 13 Februari

Diterbitkan pada Jan 12, 2012 oleh .

Dengan dunia media sosial yang semakin meningkat popular dari hari ke hari, kini minggu media sosial ataupun dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Malaysia Social Media Week 2012 bakal diadakan, di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Melaluinya, pelbagai aktiviti disediakan, dimana kami akan cuba membawakan kemaskini langsung daripada pelbagai aktiviti yang diadakan pada hari tersebut.

Selain daripada itu, pada masa yang sama, mereka juga turut menyediakan sebuah anugerah khas untuk para pengguna media sosial dan juga para penulis blog, dimana membolehkan anda mencalonkan ataupun mengundi blog-blog yang tercalon.

Bagi pembaca Amanz yang berminat, mungkin anda boleh mengundi blog kami yang tersenarai pada kategori Most Innovative Blog dan juga Best Gadget Blog. Menariknya, ada juga kategori khas, untuk Worst Blog of the Year, dan beberapa kategori menarik yang lain.


TIPS & ULASAN