Windows 8 Akan Dilancarkan Kepada Umum Pada Oktober 2012?

Windows 8 Akan Dilancarkan Kepada Umum Pada Oktober 2012?

Diterbitkan pada Jan 12, 2012 oleh .

Pada awal minggu ini, Acer telah pun mengesahkan yang mana Microsoft akan melancarkan Windows 8 kepada umum pada pertengahan tahun kedua tahun ini. Dan kini, beberapa laporan awal mula mengatakan yang mana Microsoft akan melancarakan Windows 8 secara rasminya pada bulan Oktober 2012 kelak.

Microsoft sendiri pernah mengatakan yang mana mereka menyokong versi Windows itu selama 3 tahun sebelum mengeluarkan versi baru. Dan pada Oktober 2012, ia akan menjadi lebih tiga tahun sejak Windows 7 dilancarkan.

Pada masa yang sama, beberapa peranti baru seperti komputer riba, ultrabook dan tablet dijangka akan dilancarkan pada pertengahan tahun kedau tahun ini, dan salah satunya dalah daripada pihak Acer sendiri.

Dalam masa terdekat ini, Microsoft dijangka akan mengeluarkan Windows 8 Beta kepada umum pada penghujung Februari kelak, dimana mungkin kita akan dapat melihat kebanyakkan fungsi-fungsi yang akan didatangkan bersama-sama dengan Windows 8 padanya.


TIPS & ULASAN