Innovacia Menawarkan Aplikasi CAD Tempatan – TiffinCAD

Innovacia Menawarkan Aplikasi CAD Tempatan – TiffinCAD

Diterbitkan pada Jan 12, 2012 oleh .

Sebenarnya, Malaysia mempunyai ramai tenaga pembangun yang tidak diketahui ramai. Salah satunya merupakan aplikasi CAD yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, yang dinamakan sebagai TiffinCAD. Melaluinya, ia menawarkan pelbagai kemudahan, dan nilai tambah berbanding dengan aplikasi CAD lain yang kini berada di pasaran.

Melalui TiffinCAD juga, ia disesuaikan untuk pasaran Malaysia, serta menyokong standard tetapan industri, menggunakan format .dwg. Malah, melalui perancangan versi akan datang, Innovacia bakal memperkenalkan sokongan 3D padanya, melalui integrasi Google SketchUp, dan beberapa fungsi yang lain.

Dan, menariknya, syarikat disebalik TiffinCAD juga menyertai dan tersenarai sebagai finalis untuk NEF-Awani 2011, dan bagi mereka yang berminat boleh mengundi mereka, disamping, pada masa yang sama memuat-turun aplikasi TiffinCAD daripada laman Innovacia untuk diuji.

Penafian : Amanz Network adalah rakan media untuk Anugerah ICT NEF-Awani 2011. Terima kasih kepada pihak Paper + Toast atas tajaan lokasi.


TIPS & ULASAN