Pendaftaran Nama Domain GTLD Baru Bakal Dimulakan Bermula Esok

Pendaftaran Nama Domain GTLD Baru Bakal Dimulakan Bermula Esok

Diterbitkan pada Jan 12, 2012 oleh .

Dengan jutaan nama domain kini diarena internet, dan ribuan nama baru didaftarkan pada setiap hari, kini ICANN, badan disebalik pendaftaran nama domain .com, dan .net, kini bermula esok akan memulakan pendaftaran untuk pengakhiran nama domain mengikut pilihan pengguna, membolehkan mereka yang berminat memilih penamat nama domain yang diingini mereka.

Melaluinya, ia membolehkan anda memilih sebarang pengakhiran nama domain, seperti .malaysia, .rwg dan sebagainya. Walaubagaimanapun, apa yang membezakannya berbanding pendaftaran nama domain biasa adalah kosnya, sekitar RM583,000.

Mungkin ianya agak tidak sesuai untuk para pengguna peribadi, dan lebih sesuai untuk organisasi besar seperti Petronas, Media Prima dan sebagainya.


TIPS & ULASAN