Samsung Galaxy Nexus sudah mula terjual di Malaysia secara tidak rasmi sejak beberapa minggu yang lalu. Galaxy Nexus ialah peranti pertama yang dimuatkan dengan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Dengan pelancaran peranti ini, salah satu soalan yang kerap kami terima sejak kebelakangan ini ialah;
“Berapa juta phone Samsung keluarkan setahun?”
Kami tiada jawapan untuk soalan diatas tetapi apa yang pasti Galaxy Nexus ialah sebuah peranti yang cantik dan kemas buatannya. Walaupun binaannya masih didominasi oleh bahan yang diperbuat daripada plastik, Galaxy Nexus lebih sedap dipegang. Bentuknya lebih ergonomik dan tiada bucuan tajam. Perbezaan lain diantara SGS2 dan Galaxy Nexus ialah tiadanya butang fizikal pada muka depan peranti. Butang kuasa terletak dibahagian kanan sementara butang kawalan bunyi dibahagian kiri. Bahagian bawah pula terletak port USB Mikro dan jack fon kepala. Ini berbeza dari apa yang terdapat pada SGS2 dimana jack fon kepala terletak dibahagian atas.
Apa bezanya ICS berbanding binaan Android sebelum ini iaitu Gingerbread dan Honeycomb? Ice Cream Sandwich ialah sistem operasi yang menggabungkan kesemua yang anda sukakan pada Gingerbread dan membuang benda yang menjengkelkan dari Honeycomb. Antaramuka ICS bergerak amat lancar apabila digunakan tidak seperti Honeycomb yang cukup terkenal dengan masalah kelembapan sungguhpun menggunakan pemproses dwi-teras.
Selain itu Galaxy Nexus menggunakan resolusi 720 x 1280 pixels pada skrin sebesar 4.6″ berbanding hanya 480×800 pixel pada skrin 4.3″ Samsung Galaxy S II. Ini bermakna kepadatan pixel per inci Galaxy Nexus ialah 316 PPI berbanding 216 pada SGSII. Sungguhpun begitu dari pengamatan kami paparan warna pada skrin SGSII lebih hidup. Adakah ini bermakna SGSII mempunyai skrin yang lebih cantik? Tidak semetinya kerana soal paparan ini terletak pada mata individu. Kami merasakan paparan warna pada Galaxy Nexus lebih sedap dipandang untuk jangka waktu masa yang lama berbanding SGSII yang terlalu terang. Ada yang menyukainya dan tidak ada juga yang tidak.
Pro – Kelebihan
- Menggunakan Android Ice Cream Sandich yang banyak memberi penaik-tarafan dari segi fungsi dan kemampuan.
- Resolusi lebih tinggi dan skrin lebih panjang daripada SGS2.
- Kapasiti bateri 1750 mAh memastikan peranti ini dapat bertahan lama
- Binaan yang lebih kemas serta selesa dipegang
Kontra – Kekurangan
- Kamera hanya sebesar 5 Megapixel dan mempunyai sedikit masalah noise jika dibandingkan dengan SGS2
- Resolusi besar dan penggunaan ICS akan mengakibatkan sesetangah aplikasi yang anda gunakan pada Gingerbread tidak beroperasi dengan sempurna
- Tiada sokongan kad SD