Carian
Facebook Disasarkan Melangkaui Lebih 1 Billion Pengguna Menjelang Ogos
January 12, 2012 Aman

Dari segi industri laman sosial, Facebook masih lagi kekal dihadapan dengan lebih 700 juta pengguna global seluruh dunia, selain daripada Google yang mengejar dibelakang, dengan pertambahan angka pengguna dengan pantas. Dan melalui sebuah laporan ramalan yang disediakan oleh agensi pemasaran digital, ia diperlihatkan Facebook bakal mencapai lebih 1 Billion pengguna menjelang bulan Ogos kelak.

Seperti semua sedia maklum, pendaftaran angka pengguna baru di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan lain-lain sudah mula menurun, sebaliknya pengguna di negara-negara sekitar Asia Tenggara, India, Brazil dan sebagainya memperlihatkan peningkatan drastik.

Di Malaysia sahaja, kini terdapat lebih 12 juta akaun berdaftar, memperlihatkan betapa popularnya laman sosial tersebut di rantau ini. Selain daripada itu, dengan lebih banyak aplikasi dan web-web yang mula mengintegrasi sokongan Facebook, seperti Open Graph dan juga sokongan Facebook Comment, ia dijangka akan terus kekal popular sepanjang tahun ini.

Komen