#Tips : Ubah Antaramuka Windows Menyerupai OS X Lion Dengan Mudah

#Tips : Ubah Antaramuka Windows Menyerupai OS X Lion Dengan Mudah

Diterbitkan pada Jan 12, 2012 oleh .

Salah satu perkara yang kami gemarkan pada sistem operasi Windows adalah kemudahan untuk mengubah antaramukanya dengan mudah, membolehkan ianya menyerupai sistem operasi lain, ataupun mengikut citarasa pengguna dengan mudah. Dan kini, selain ditawarkan beberapa pilihan aplikasi pihak ketiga, terkini turut ditawarkan adalah aplikasi untuk mengubah antaramuka Windows 7 menyerupai OS X Lion.

Walaupun terdapat beberapa cara dan kaedah untuk melakukan perkara tersebut, kini anda boleh melakukannya dengan pantas, terus melalui satu aplikasi yang ditawarkan oleh Windows X Live, iaitu Lion UX Pack. Berbeza dengan aplikasi lain, ia tidak memerlukan anda memulakan semua komputer, sebaliknya diubah secara automatik dengan pantas, dan anda juga boleh membuangnya dengan senang.

Melalui Lion UX Pack ini, ia menawarkan beberapa perkara, termasuk latar belakang dan elemen antaramuka Lion UX, perubahan rekabentuk, dan beberapa fungsi seperti melihat folder dengan hover dan sebagainya. Dock juga ditambah terus pada bahagian bawah tanpa memerlukan anda memasang sebarang aplikasi tambahan.

Namun, melalui ujian yang kami lakukan secara ringkas, Lion UX Pack ini walaupun membawa perubahan antaramuka dan sebagainya, ia tidak memperlihatkan perubahan sepenuhnya pada komputer kami. Berkemungkinan kerana komputer yang digunakan kami tidak begitu berkuasa. Walaubagaimanapun, kami amat mengemarkan fungsi untuk membuangnya dengan mudah dan pantas yang disediakan Lion UX Pack ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh ke laman rasmi Lion UX Pack, dan mengujinya sendiri pada komputer anda hari ini.

TIPS & ULASAN