Cari @ Amanz

Dengan dunia blog yang semakin berkembang, salah satu perkara yang dinantikan pengguna Blogger adalah fungsi komen secara bertingkat, membolehkan para pengguna melihat komen dan balasan setiap komen dengan mudah. Dan menariknya, hari ini Google memperkenalkan fungsi tersebut secara rasmi kepada pengguna Blogger seluruh dunia.

Sebelum ini, para pengguna Blogger terpaksa menggunakan aplikasi pihak ketiga, seperti Disqus, Intense Debate, dan Facebook Comment untuk mendapatkan fungsi yang lebih kurang sama. Namun, dengan pengenalan ini, para pengguna tidak lagi memerlukannya, dan boleh menggunakan platform terbina yang disediakan oleh Google sendiri.

Untuk mengaktifkan fungsi ini, para pengguna hanya perlu mengaktifkan Blog Feed kepada “Full” dan pada masa yang sama menggunakan
Embedded Comments“. Perkara ini boleh dilihat terus daripada bahagian Settings di laman Blogger.

Mungkin selepas ini, kita akan terus dapat melihat perkembangan Blogger, selain Google yang turut kelihatan memfokuskan kepada pembangunan kandungan dan aplikasi yang berkait rapat dengannya.

Tips awal daripada AbdusFauzi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd