Cari @ Amanz

Google Bar Hitam Kembali Semula Kepada Beberapa Pengguna

Oleh Aman

Link Copied!

Salah satu perubahan yang tidak disukai pada Google oleh kebanyakkan pengguna adalah Google Bar, yang mana mengintegrasikan Google+ secara tidak langsung, dan juga memfokuskan kepada carian terus pada pelbagai perkhidmatan Google. Dan kini tidak diketahui mengapa, Google Bar kini kembali kepada rekabentuk hitam yang lama.

Buat masa ini, tidak diketahui samada ianya hanya untuk sementara sahaja, ataupun adakah Google tidak ingin memperkenalkan Google Bar yang baru itu lagi. Sebelum ini, ia turut juga dilihat baru-baru ini, diintegrasikan pada YouTube dan sebagainya.

Bagi para pengguna yang sedia menggunakan Google Bar baru, apabila anda log keluar akaun, dan log masuk kembali, anda akan mula melihat Google Bar berwarna hitam seperti sebelum-sebelum ini.


Komen ()