Celcom Mengeluarkan Pakej Rasmi Untuk Samsung Galaxy Nexus

Celcom Mengeluarkan Pakej Rasmi Untuk Samsung Galaxy Nexus

Diterbitkan pada Jan 13, 2012 oleh .

Setelah DiGi menawarkan pakej mereka, kini Celcom turut sama telah mengeluarkan pakej rasmi mereka untuk Galaxy Nexus, seperti mana yang diperlihatkan tempoh hari, dan para pengguna yang berminat boleh mendapatkan daripada cawangan Celcom seluruh negara bermula daripada harga RM1348 mengikut pakej pilihan masing-masing.

Galaxy Nexus didatangkan dalam dua pilihan pelan, iaitu samada Celcom Exec Plan ataupun Celcom Biz Plan. Dari segi perbezaan, Exec Plan menawarkan pakej selama 18 bulan dan juga 12 bulan, mengikut komitmen bulanan sebanyak RM88, RM108 ataupun RM250. Untuk Biz Plan pula, ia ditawarkan dalam bentuk komitmen selama 24 bulan, melalui pakej bulanan sebanyak RM118 ataupun RM150.

Selain daripada Celcom, DiGi turut sama menawarkannya, selain para pengguna boleh mendapatkan peranti tersebut pada harga RM2099 daripada pengedar rasmi seluruh negara.


TIPS & ULASAN