Cari @ Amanz

Sehingga ke hari ini, perkhidmatan Facebook Music yang dijayakan oleh beberapa syarikat, seperti Spotify, Rdio dan sebagainya masih lagi belum diperkenalkan kepada pengguna tempatan. Dan kini, dalam memastikan para pengguna kekal pada laman mereka lebih masa lagi, Facebook terus menambah beberapa fungsi, termasuk sokongan untuk mendengar lagu bersama-sama dengan rakan lain.

Perkara ini diintegrasikan bersama ke Facebook Chat, membolehkan anda mendengar sesuatu lagu itu bersama-sama dengan rakan lain dengan mudah.

Namun begitu, ianya seperti masih tidak diketahui bilakah akan tiba kepada pengguna Malaysia, ataupun adakah pengguna tempatan boleh mendengar lagu apabila rakan mereka dari negara lain mendengar lagu tersebut.

Sebelum ini, Google memperkenalkan sokongan Google Music pada rangkaian sosial mereka, Google+. Namun menariknya, bagi pengguna tempatan, mereka tetap boleh mendengar lagu yang dikongsikan oleh rakan-rakan mereka yang lain, sekaligus menjadikannya lebih menarik berbanding sokongan muzik dan lagu pada Facebook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd