Google Melancarkan Halaman Android Design Khas Untuk Pembangun

Google Melancarkan Halaman Android Design Khas Untuk Pembangun

Diterbitkan pada Jan 13, 2012 oleh .

Setelah memperkenalkan laman latihan dan bantuan untuk Android sebelum ini, kini Google terus menambah dan memperkenalkan pelbagai sokongan baru kepada pembangun, dimana turut memperkenalkan laman khas untuk bantuan berkaitan dengan rekabentuk antaramuka aplikasi, supaya ia bersesuaian dengan Android 4.0 Ice Cream Sandiwch.

Seperti semua sedia maklum, Android 4.0 membawakan perubahan antaramuka yang drastik berbanding sebelumnya, dimana ia merupakan antara perubahan terbesar pada Android, untuk pengguna dan juga pembangun.

Dan dalam memudahkan para pembangun membangunkan aplikasi yang dioptimasikan dan bersesuaian sepenuhnya dengan Android 4.0, mereka kini boleh merujuk laman khas, iaitu Android Design, dimana melaluinya, pelbagai prinsip, dan pelbagai disediakan untuk memudahkan para pembangun.

Mungkin ini juga merupakan salah satu usaha untuk Google membantu pembangun menghasilkan lebih banyak aplikasi berkualiti, dengan rekabentuk yang lebih baik dihasilkan.

Jadi, bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh merujuk kepada Android Design hari ini.


TIPS & ULASAN