Minecraft 1.1 Membawakan Penambahan Sokongan Bahasa Malaysia

Minecraft 1.1 Membawakan Penambahan Sokongan Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada Jan 13, 2012 oleh .

Minecraft merupakan salah satu permainan popular yang membolehkan anda membina pelbagai perkara menggunakan blok, dan kini dengan pengenalan Minecraft 1.1, ia turut sama membawakan pelbagai penambahan menarik, dan salah satunya adalah sokongan Bahasa Malaysia bersama-sama padanya.

Untuk yang tidak ketahui mengenai Minecraft, ianya menggunakan blok sepenuhnya dalam permainan, dimana para pengguna boleh membina apa sahaja menggunakan blok. Tanpa perlu mengikuti sebarang peraturan, dan hanya perlu bersedia untuk waktu malam, dimana para pengguna perlu melindungi binaan mereka dengan pelbagai perkara yang disediakan.

Melalui Minecraft 1.1 selain daripada memperkenalkan sokongan Bahasa Malaysia dan 55 bahasa yang lain, ia juga turut membawakan beberapa penambahan baru yang lain, serta beberapa penyelesaian untuk masalah pepijat yang dikenal-pasti.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh rujuk laman rasmi Minecraft dalam mendapatkan lebih banyak informasi berkaitan dengan permainan ini, ataupun terus bermain melalui pelayar web anda terus pada laman tersebut.

Terima kasih Asyraf.


TIPS & ULASAN