Pirate Bay Bakal Berhenti Menawarkan Torrent Sebulan Dua Lagi

Pirate Bay Bakal Berhenti Menawarkan Torrent Sebulan Dua Lagi

Diterbitkan pada Jan 13, 2012 oleh .

Laman torrent terbesar di internet, iaitu The Pirate Bay kini nampaknya akan mengubah haluan mereka, dimana mereka kelak tidak lagi akan menawarkan muat-turun fail .torrent daripada laman web mereka. Sebaliknya, sebagai ganti, mereka akan mula mengantikan pautan muat-turun dengan pautan magnets.

Malah, bermula daripada hari ini, pautan utama yang ditawarkan oleh The Pirate Bay adalah pautan berbentuk magnet, mengantikan pautan muat-turun torrent yang digunakan sebagai pilihan utama sehinga kini.

Buat masa ini, tarikh pasti berkenaan dengan perubahan ini masih lagi tidak diketahui. Tetapi menurut beberapa pihak, ia akan dilakukan dalam tempoh sebulan dua lagi.


TIPS & ULASAN