Cari @ Amanz

Ubuntu User Days Bakal Diadakan Bermula 9.30 Malam Esok

Oleh Aman

Link Copied!

Salah satu perkara menarik berkaitan dengan Ubuntu adalah komunitinya yang amat aktif, dan pada penghujung minggu ini, pada 14 Januari dan juga 15 Januari ini, bakal diadakan adalah Ubuntu User Days. Berbeza dengan pertemuan biasa yang diadakan, Ubuntu User Days diadakan melalui saluran IRC untuk Ubuntu Classroom.

Melalui aktiviti sepanjang dua hari ini, pelbagai perkara disediakan, membolehkan para pengguna baru, dan juga sedia ada mengenali dengan lebih lanjut mengenai Ubuntu. Untuk waktu tempatan, acara tersebut akan dimulakan sekitar 9.30 malam 14 Januari 2012 ini, dimulakan dengan tajuk pengenalan kepada Ubuntu User Days, kemudian perbincangan meluas berkaitan dengan Ubuntu dimulakan bermula 10.00 malam dengan setiap perbincangan selama sejam. Ia diteruskan sepanjang hari, dan akan tamat sepenuhnya pada 10.00 pagi hari Ahad, 15 Januari.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh menyertai saluran #ubuntu-classroom pada irc.freenode.net, dan kenali dengan lebih lanjut berkaitan dengan Ubuntu dan sumber terbuka secara amnya.


Komen ()