Cari @ Amanz

Dengan pengumuman Microsoft untuk melancarkan Windows 8 Beta, semestinya ramai yang menantikan apakah perubahan yang bakal dibawakan oleh Microsoft serta pelbagai fungsi menarik yang akan disertakan pada versi Beta. Dan untuk memberi idea awal, Microsoft sendiri telah memperlihatkannya pada acara CES 2012 yang berlangsung sepanjang minggu ini.

Buat masa ini, Microsoft masih belum mengeluarkan sebarang senarai penuh perubahan. Namun, melalui laman Neowin, video demonstrasi yang dilakukan oleh Microsoft memperlihatkan beberapa perkara, termasuk sokongan warna latar belakang yang tidak terdapat pada Windows 8 Dev-Preview, sokongan kawalan tetikus mengikut gestures, dan termasuk salah satunya, Microsoft Music.

Microsoft sendiri dijangka akan melepaskan versi beta untuk Windows 8 ini untuk diuji oleh semua pada bulan Februari ini, selain turut disasarkan untuk dilepaskan kepada umum secara rasminya sekitar bulan Oktober kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd