YouTube Menguji Pemain Video Dengan Sokongan Thumbnail Untuk Video Penuh

YouTube Menguji Pemain Video Dengan Sokongan Thumbnail Untuk Video Penuh

Diterbitkan pada Jan 13, 2012 oleh .

Laman video popular milik Google boleh dikatakan, sama seperti produk Google yang lain, melalui pelbagai fasa ujian dalam membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna mereka. Terkini, ia dilihat YouTube menawarkan sokongan imej kecil (thumbnail) untuk sepanjang video, membolehkan seseorang pengguna melihat video tersebut secara kasar dengan mengawal tombol gerakan masa pada pemain videonya.

Namun begitu, seperti biasa, ia hanya sekadar ujian buat masa ini, dan belum semua dapat melihatnya, dan Google juga dilaporkan hanya mengujinya pada segelintir video sahaja buat masa ini.

Menariknya adalah salah satu fungsi padanya, membolehkan anda melihat paparan imej sepanjang video tersebut, walaupun video tersebut masih sedang dalam proses penimbalan (buffering), sekaligus membolehkan anda terus ke adegan atau bahagian yang dinantikan dengan mudah, tanpa perlu melalui atau menonton video tersebut secara penuh.

Memandangkan fungsi ini masih pada peringkat ujian, ia masih lagi tidak dapat disahkan samada fungsi ini akan diperkenalkan kepada semua ataupun tidak oleh Google.


TIPS & ULASAN