Cari @ Amanz

Seperti dilaporkan oleh kami sebelum ini, Asus Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan berkenaan tarikh mula jualan untuk tablet empat-teras daripada mereka, serta harga jualan peranti tersebut di Malaysia. Melalui halaman Facebook Asus Malaysia, mereka melaporkan, ia akan dijual pada harga RM2199 bermula daripada 18 Januari, iaitu Rabu hadapan.

Melalui Asus Eee Pad Transformer Prime, ia membawakan skrin sentuh seluas 10.1-inci, cip pemprosesan NVIDIA Tegra 3 (empat-teras), memori DDR2 1GB, ruangan storan sehingga 32GB, kamera hadapan 1.2-megapixel dan kamera belakang 8-megapixel, serta jangka hayat bateri sehingga 12 jam, dan 18 jam dengan penggunaan dock yang disertakan.

Untuk makluman, peranti ini akan dijual menggunakan sistem operasi Android 3.2 Honeycomb, dan Asus menjanjikan kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich untuknya yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd