Carian
iPad 3 Dengan Cip Pemprosesan Empat-Teras Pada Bulan Mac?
January 14, 2012 Aman

Salah satu perkara yang dinantikan peminat tablet dan juga produk Apple, adalah semestinya iPad 3. Dengan pelbagai ura-ura, kini ia diperkatakan Apple sedang menyediakan tablet generasi baru mereka, yang mana dikenali sebagai iPad 3 buat masa ini untuk jualan pada bulan Mac kelak. Ia juga disasarkan membawakan beberapa perubahan bersama-sama dengannya.

Menurut Bloomberg hari ini, Apple bakal menawarkan skrin dengan definisi-tinggi melalui iPad generasi baru mereka, berbanding dengan iPad keluaran sebelum ini. Dan untuk menjayakannya, cip pemprosesan yang lebih pantas diperkatakan akan digunakan. Ia diperkatakan iPad 3 ini kelak akan menggunakan cip pemprosesan empat-teras, sama seperti digunakan pada beberapa tablet lain yang dikeluarkan dan dijual sejak bulan Disember lepas.

Selain daripada itu, dari segi penggunaan rangkaian, ia diperkatakan Apple bakal membawakan sokongan rangkaian LTE pada iPad dan iPhone mereka. Ini sekaligus akan menyumbangkan kepada beberapa perkara, termasuk jangka tahan bateri yang lebih lama, dengan penggunaan tenaga yang lebih dioptimasikan.

Selain daripada berita berkaitan iPad generasi baru, Apple juga bakal mengadakan sebuah acara berkaitan dengan pendidikan pada bulan ini, atau lebih tepat pada 20 Januari ini.

Komen