(Video) Nyah-Kotak Nokia Lumia 800 Dengan Windows Phone

(Video) Nyah-Kotak Nokia Lumia 800 Dengan Windows Phone

Diterbitkan pada Jan 14, 2012 oleh .

Bagi para peminat peranti Nokia dan juga Windows Phone, semestinya salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah peranti Nokia Lumia 800. Buat masa ini, bilakah ianya akan dilancarkan di Malaysia masih lagi tidak diketahui sepenuhnya, namun, salah seorang pembangun aplikasi Nokia tempatan, Asri Al-Baker telah pun menerima peranti tersebut, dan membuat video nyah-kotak ringkas untuk peranti tersebut.

Melalui video tersebut, Nokia Lumia 800 dilihat membawakan bentuk bungkusan yang lebih kurang menyerupai peranti-peranti lain, iaitu ringkas, dan tidak serabut. Pada masa yang sama, ia turut menyertakan sebuah bekas lindungan, palang pengecasan dan beberapa perkara lain.

Kemungkinan yang diperkatakan adalah Nokia Lumia 800 ini akan dilancarkan untuk pasaran tempatan sekitar Februari ataupun Mac. Mungkin pihak Microsoft dan Nokia untuk melancarkan peranti Nokia Lumia ini di pasaran tempatan bersama-sama dengan pelancaran Windows Phone Marketplace kelak.


TIPS & ULASAN