Cari @ Amanz

Lelong Menawarkan Laman Aggregator Tawaran Harian – Group Me

Oleh Aman

Link Copied!

Mungkin ramai sedia maklum, yang mana di Malaysia sahaja terdapat puluhan laman tawaran harian, sekitar lebih 50 laman, dan agak sukar untuk mengikuti kemaskini pada setiap satunya. Dan untuk memudahkannya, Lelong.my, bakal melancarkan secara rasminya laman Group Me pada bulan Februari kelak.

Melaluinya, ia menyenaraikan pelbagai tawaran harian daripada pelbagai laman popular terus pada halaman utamanya, dimana para pengguna boleh mengkategorikan carian mereka mengikut kategori tawaran, dan harga. Setelah klik padanya, mereka seterusnya di bawa kepada laman asal, dimana mereka boleh lakukan pembelian terus disana.

Ia masih lagi tidak pasti samada adakah Lelong sendiri akan menjual produk mereka melalui GroupMe, atau ianya hanya aggregator sahaja. Namun, salah satu perkara yang pasti, ia akan memberikan nilai tambah kepada para penjual Lelong, dengan mempunyai salah satu platform baru untuk memasarkan produk mereka.

Terima kasih EjamOthman.


Komen ()